- Terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali ahli jawatankuasa pertandingan dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia.
- Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 10 penyertaan sahaja dan hanya 1 penyertaan sahaja yang akan dipilih sekiranya layak.
- Penyertaan perlu terlebih dahulu dihantar ke facebook: Pertandingan Foto Sayangi 1Malaysia disertakan dengan nama penuh, tajuk, alamat surat menyurat dan alamat email selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011. Penyertaan yang terpilih akan dihubungi melalui facebook untuk saringan seterusnya.
- Peserta dibenar mengunakan sebarang jenis kamera digital termasuk kamera telefon dan juga kamera kompak.
- Penyertaan mestilah foto terkini, yang belum pernah dipamerkan atau diterbitkan dimana-mana pameran, media cetak atau elektronik.
- Penyertaan juga mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta atau tidak diambil daripada mana-mana pihak lain. Sekiranya berlaku, nama dan penyertaan anda akan dibatalkan serta merta.
- Suntingan atau pengubahan seperti brightness, cropping, softening atau sharpening dengan menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan termasuk teknik manipulasi.
- Interpretasi gambar atau visual setiap peserta terhadap konsep atau tema 1Malaysia adalah bebas dan selagi ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
- Penggunaan ayat-ayat interpretasi, caption, watermark atau sebarang pegunaan tipografi adalah tidak dibenarkan.
- Peserta adalah pemegang hak cipta foto masing-masing. Walaudemikian, Jabatan Penerangan Malaysia adalah berhak menggunakan foto setiap penyertaan untuk sebarang tujuan tanpa perlu memberitahu, menghantar notis atau membuat pembayaran kepada peserta.
- Keputusan panel hakim yang dilantik adalah muktamad
Syarat Pertandingan
Subscribe to:
Posts (Atom)